< Kembali kepada semua produk

Monelcumin - Box

Monelcumin

Kepahitan mengatasi kemanisan:

Musuh semulajadi kehidupan dan kesihatan bukanlah penuaan mahupun virus. “Produk pemanis” dalam “diet seharian” yang sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal. “Kemanisan” boleh dikatakan punca terjadinya segala penyakit dan penyebab sesetengah penyakit sukar untuk dirawat.

“Monelcumin” Suplemen Anti-Manis, diformulasi dengan teori perubatan dan homologi makanan, “melawan manis dengan pahit”. “Produk pemanis” menjadi bahaya apabila tersimpan lama dalam badan. “Penawar manis adalah pahit”. Hanya pahit yang boleh menyerap kemanisan yang juga memberi kesan terhadap kesihatan dan kadar penuaan. Jadi, kawalan tahap gula dalam darah adalah satu-satunya cara untuk kekal sihat.

Komplikasi akibat tabiat manis amat memudaratkan. Namun, tabiat ‘suka manis’ sukar untuk diubah. Jadi, usaha diperlukan untuk mengawal tabiat ini. “Gantikan manis dengan pahit”.

“Monelcumin” ialah Suplemen Anti-Manis yang boleh mengurangkan tahap gula dalam darah. Badan boleh kekal sihat dengan melegakan tekanan daripada ‘sel-sel penat’.

Img 1.0, ~ Anti-Penuaan, Anti-Manis;Kekal Sihat dengan Kepahitan ~

Cara pengambilan:

Minum 1 paket dengan air suam (70-80%) setiap pagi dan petang selepas makan.

Cara Penyimpanan

Simpan di tempat sejuk dan kering. Elakkan letak di tempat panas dan terik matahari.

Kenyataan

Produk ini adalah supliment, bukan untuk perubatan.
Pesakit yang sedang menjalani rawatan perubatan perlulah mendapatkan konsultasi doktor dan patuh dengan penggunaan ubat-ubatan bagi memastikan rawatan dan tempoh pemulihan tidak terganggu.

Ramuan penting

Momordica (Peria Katak)

Momordica yang juga dikenali sebagai peria katak ialah salah satu spesis tumbuhan Cucurbit yang tumbuh di kawasan tropika. Batang, dahan, tangkai, daun dan pediselnya diselaputi bulu-bulu halus. Ia berbentuk lonjong dan mempunyai permukaan yang menggerutu. Sebelum matang, kulitnya berwarna hijau gelap. Ia akan bertukar kepada warna jingga-kuning sesudah matang. Dalam kajian perubatan, ekstrak peria katak dapat menambahbaik tahap kelikatan gula dalam darah “diabetik”, mengekalkan kadar gula dalam darah dan boleh menggantikan insulin.

Dalam perubatan tradisional, Momordica membantu menyingkir toksik dan haba selain melindungi perut dan kesihatan badan.

Sifat:

  • Momordica kaya dengan protein, alkaloid, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, riboflavin, vitamin C dan khasiat lain.
  • Momordica boleh meningkatkan selera makan, menghilangkan dahaga, menjaga kesihatan hati, menyingkirkan haba serta toksik, serta mempunyai kesan diuretik.

Manfaat utama:

  • Momordica mengandungi glikosida yang serupa dengan bahan insulin yang dapat membantu mengawal sistem endokrin, menghasilkan insulin, mengekalkan tahap gula dalam darah, dan mengawal kencing manis. Kandungan vitamin C yang tinggi pula boleh menghalang skurvi, melindungi membran sel, menghalang penyakit Aterosklerosis, melindungi jantung serta organ lain. Pengambilan Momordica dalam jangka masa panjang boleh mencegah komplikasi yang disebabkan oleh manis serta dapat mengekalkan kesihatan fizikal.

Jintan Manis

Jintan manis, ialah spesis tumbuhan berbunga dalam keluarga lobak, yang biasa dijumpai di pantai Mediterranean. Biji jintan manis berbentuk silinder, 4-8mm panjang, berwarna kuning-kehijauan, sedikit tajam di kedua-dua hujung, mempunyai aroma khas serta rasa yang sedikit manis.
Jintan manis adalah bahan perasa dan juga sering diguna dalam Perubatan Herba Cina.

Sifat:

  • Jintan manis kaya dengan karotena, protein, lemak, serat makanan, vitamin, anethole, anisone, anisaldehyde, minyak anise, dan lain-lain.
  • Jintan manis berfungsi menghalang selsema.

Manfaat utama:

  • Minyak anise daripada jintan manis boleh merangsang pengeluaran air liur dan asid gastrik, membantu pergerakan gastrointestinal, membangkitkan selera makan, dan mempercepat proses pencernaan dan penyerapan makanan.
  • Jintan manis boleh mengurangkan jumlah osteoklas, menghalang kehilangan mineral tulang, dan menghalang osteoporosis.
  • Jintan manis boleh digunakan sebagai karminatif untuk melegakan simptom seperti kembung dan senak perut.
  • Jintan manis kaya dengan serat makanan dan vitamin B kompleks. Khasiatnya dapat menghalang kejang otot, anti-radang, antioksida, merehatkan otot, meningkatkan metabolism serta menjadikan kulit sihat.

Jintan Putih

Jintan putih bersaiz sama seperti bijan, merupakan tumbuhan berbunga dalam keluarga Apiaceae, dan biasanya tumbuh di Timur Tengah, Mediteranean, India, serta Asia. Pokok jintan putih berketinggian 20-30 cm, dengan daun lurus. Bunganya berwarna biru-putih cerah dengan 5-10 kelopak. Buahnya besar, berkapsul leper, dan mengandungi 3-7 kantung bercantum, yang setiap satunya mengandungi biji.

Sifat:

  • Jintan putih sering diguna sebagai rempah dan perasa tambahan kepada makanan kerana aromanya yang istimewa.
  • Biji jintan putih mengandungi sebatian aktif yang pelbagai seperti thymoquinone, alkaloid, saponin, flavonoid, protein, asid lemak, dan sebagainya. Thymoquinone dianggap paling bermanfaat yang boleh memperbaik fungsi pernafasan, pencernaan , imuniti dan lain-lain.

Manfaat utama:

  • Jintan putih berfungsi sebagai karminatif untuk merawat senak perut, kembung perut dan simptom lain yang mengganggu perut.
  • Jintan putih kaya dengan asid lemak, membantu melegakan sakit sendi dan bengkak, mengurangkan simptom arthiritis, mengurangkan risiko sakit jantung, melindungi hati, dan lapisan gastrointestinal daripada bakteria.
  • Jintan putih boleh meningkatkan Insulin dan melambatkan penyerapan gula ke dalam darah, serta memperbaik tahap gula dalam darah terutamanya kepada pesakit yang tinggi gula dalam darah.

Halia

Halia ialah tumbuhan herba yang mempunyai batang tak berkayu dan tumbuh menegak, serta berdaun bujur tajam. Ia biasa tumbuh di China, Asia Tenggara, dan wilayah tropika. Kulitnya berwarna kuning-coklat atau kelabu-coklat, rapuh, dan bahagian dalamnya berwarna kuning muda.

Sifat:

  • Halia kaya dengan gingerone, minyak meruap dan gingerol semulajadi.
  • Halia berfungsi mengeluarkan peluh, melegakan muntah dan batuk, menyingkir kelembapan dan melegakan selsema.
  • Ia sesuai untuk simptom-simptom seperti demam sejuk, berkahak, batuk, selsema dan muntah.

Manfaat utama:

  • Halia boleh merangsang mukosa gastrik, melancar rembesan asid gastrik dan pencernaan gastrointestinal serta menambah selera makan.
  • Minyak meruap dan gingerol daripada halia dapat melancar peredaran darah, meningkatkan perpeluhan, dan menyingkirkan haba yang berlebihan dalam badan.
  • Halia kaya dengan potassium dan mempunyai bau yang pedas, yang boleh membantu untuk sedar, merehatkan minda serta menstabilkan perasaan.
  • Halia berfungsi menyingkir selsema. kelembapan dan toksik. Ia juga mengawal dalaman badan dan memperbaik kulit muka. Gingerol boleh mengurangkan kejadian batu karang.

Biji Okra

Okra yang juga dikenali sebagai bendi, ialah tumbuhan dalam keluarga Malvaceae dan tingginya boleh mencapai sehingga 2m. Buahnya kurus dan bermuncung di atas, berbentuk pentagon atau heksagon. Di bahagian dalam, terdapat lebih kurang 100 biji benih yang berdiameter 45m. Ia biasa tumbuh di Afrika Barat, Utopia, Asia Tenggara, dan kini ditanam di kawasan tropika, subtropika dan wilayah yang hangat.

Sifat:

  • Kaya dengan lemak tak tepu, vitamin, mineral, protein, unsur surih, karotena, polisakarida, dan sebagainya.
  • Biji okra amat berguna untuk mengurangkan pembengkakan tekak dan boleh digunakan untuk merawat simptom sakit tekak.

Manfaat utama:

  • Lemak tak tepu dalam biji okra boleh membantu mengurangkan kolesterol berketumpatan rendah (LDL) dalam saluran darah, melancar peredaran darah dan memperbaik sistem kardiovaskular.
  • Mengandungi pektin, galaktan dan lain-lain nutrisi bagi melancar sistem pencernaan serta melindungi mukosa gastrik.
  • Biji okra kaya dengan mukus khas dan serat larut yang menghalang pencernaan karbohidrat dalam usus serta mengurangkan penyerapan glukosa. Oleh itu, tahap gula dalam darah adalah terkawal dan seimbang.
  • Biji okra kaya dengan vitamin A dan C, merupakan antioksidan yang kuat dan boleh membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan serta melambatkan penuaan sel.

Sutera Jagung

Sutera jagung ialah serat lemah yang berkilau dan bertekstur seperti benang, yang tumbuh di bahagian atas jagung. Setiap serat adalah memanjang dari stigmanya, dan bahagian bawah pula melekat di ovul. Apabila matang, ia boleh tumbuh sehingga 30cm atau lebih dan berwarna hijau cerah atau perang.

Sifat:

  • Sutera jagung kaya dengan air, karbohidrat, protein, lipid, serat makanan, unsur makro (kalsium, magnesium, potassium) dan unsur surih lain (tembaga, besi, mangan, zink), polyphenol, serta flavonoid.
  • Sutera jagung biasa digunakan untuk diuresis dan bengkak, menyingkir kelembapan dan haba, menenangkan hati dan pundi hempedu.

Manfaat utama:

  • Polisakarida dalam sutera jagung boleh memperbaik tahap gula dalam darah serta kolestrol dan tahap triglyceride dalam serum darah.
  • Ia digunakan untuk mengembangkan salur darah yang kecil, yang boleh mengatasi kesan rangsangan adrenalin.
  • Alkaloid dalam sutera jagung dapat melegakan muntah, antitusif, anti-bakteria dan anti-radang.
  • Sutera jagung mengandungi vitamin K dan mempunyai kesan terapeutik terhadap gangguan pembekuan.

Likoris (Akar Manis)

Likoris ialah tumbuhan herba kekacang yang banyak dijumpai di Asia Barat, Afrika Utara dan Eropah Selatan. Akar likoris berbentuk silinder, berpermukaan coklat kemerahan, coklat pekat atau coklat kelabu, dengan kedutan yang ketara, alur dan lentisel melintang yang panjang. Rizomnya berbentuk slinder, berputik pada permukaan.

Sifat:

  • Likoris kaya dengan glcyrrhizinate, glycyrrhizin, polisakarida dan asid amino.
  • Likoris sering digunakan dalam Perubatan Tradisi Cina untuk rawatan limpa dan lemah perut, sakit perut, batuk berkahak, asma, ulser peptik, pharyngitis kronik, keracunan makanan dan penyakit kulit.

Manfaat utama:

  • Likoris bertindak sebagai anti-keradangan dan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak, memulihkan fungsi limpa, perut, keletihan dan sebagainya.
  • Likoris berkesan merawat dan melegakan batuk berkahak, meningkatkan kemujaraban ubat, dan mengurangkan kesan ubat terhadap saluran gastrotestinal. Ia sesuai untuk bronkitis, emphysema dan sebagainya.
  • Glycyrrhizinate dalam likoris boleh menghalang kerosakan sel hati, melindungi hati, dan menghalang virus daripada memasuki sel hati, dengan menukar kebolehtelapan membran sel bagi mencapai kesan antiviral.

Daun Moringa (Kelor)

Moringa Oleifera ialah tumbuhan yang cepat membesar dan tahan panas daripada keluarga pokok Moringaceae, yang biasanya tumbuh di benua kecil India. Ia sering dipanggil pokok Drumstick, pokok Miracle, pokok Ben Oil, dan pokok Horseradish. Tinggi kelor boleh mencapai 10-12m dan diameter batang boleh mencapai 45cm dalam tahun pertama.

Sifat:

  • Daun moringa mengandungi kalsium yang 4 kali lebih tinggi daripada susu. Ia juga kaya dengan potassium, zat besi, zink, serta zat-zat lain seperti protein, amino asid dan sebagainya. Ia dianggap sebagai tumbuhan semulajadi yang mempunyai nutrisi yang lengkap.
  • Daun moringa mengandungi alkaloid, moringa flavonoid dan asid lemak tak tepu tunggal. Sebagai sayuran dan makanan, ia berfungsi meningkatkan nutrisi, diet dan kesihatan. Ia juga digunakan secara meluas dalam perubatan dan penjagaan kesihatan.

Manfaat utama:

  • Daun moringa boleh membantu mengurangkan gula dalam darah, kolestrol, dan tekanan darah, anti-tumor, antioksida, julap, bersifat diuretik, mengurangkan kecacingan, dan memperbaik kualiti tidur. Pengambilan dalam masa panjang boleh meningkatkan imuniti, membuang toksik, anti-penuaan, anti-kanser, dan membantu dalam pemulihan penyakit.
  • Daun moringa dianggap sebagai makanan semulajadi yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan manusia yang boleh menggantikan multivitamin, tablet kalsium, minyak hati ikan, dan lain-lain. Ia baik untuk pesakit hipertensi, hyperlipidemia, kencing manis, gout, dan lain-lain.
  • Daun moringa boleh digunakan untuk merawat penyakit di bahagian tertentu seperti hati dan limpa.

Daun Stevia

Stevia ialah pemanis semulajadi dan pengganti gula yang diekstrak daripada daun tumbuhan spesis Stevia Rebaudiana, yang kebanyakannya tumbuh di Brazil dan Paraguay. Daun stevia mengandungi “Steviol Glycosides”, yang membuatkan daun stevia bukan sahaja manis dan kurang kalori malah mengandungi kesan farmakologi.

Sifat:

  • “Steviol Glycosides” dalam daun stevia merangsang pembentukan glikogen dalam hati untuk mencapai kesan pengurangan gula dalam darah dan boleh digunakan sebagai pengganti gula bagi pesakit kencing manis.
  • Daun stevia juga digunakan untuk menyeimbangkan cecair dalam badan, melegakan dahaga dan mengurangkan tekanan darah.

Manfaat utama:

  • Daun stevia bertindak sebagai anti-keletihan dan meningkatkan imuniti. Stevioside sukar untuk dicerna oleh tubuh manusia dan tidak mengeluarkan kalori berlebihan. Jadi, ia sering digunakan sebagai bahan penting dalam makanan pesakit obesiti.
  • Daun stevia juga mempunyai kesan penyembuhan dalam penyakit jantung dan pergigian pediatrik. Stevioside sesuai digunakan untuk mengelakkan penyakit gigi dalam kalangan kanak-kanak kerana ia bersifat pemanis yang tidak bergula.
  • Daun stevia mengandungi asid fenolik, antioksida, anti-bakteria, antiviral, pelindung sel-sel hati, penghalang mutasi sel, anti-tumor, dan lain-lain fungsi fisiologikal dan farmakologi.

Perkara yang boleh & tidak boleh dilakukan

Sesuai untuk:

Tidak sesuai untuk:

Cara pengambilan:

Fasa Pemerhatian: 2 paket sehari “selepas sarapan dan makan malam” untuk 20 hari. (tahap gula tinggi dalam darah)
Fasa Pengawalan: 1 paket sehari “selepas sarapan” untuk 20 hari. (tahap gula stabil dalam darah)
Fasa Kekal Sihat: 1 paket setiap 2 hari “selepas sarapan”. (tahap gula normal dalam darah)

Cara Penggunaan?

Lagi Butiran Produk

Lagi Butiran Produk

SGS Produk Pensijilan

Laporan Analisis Keselamatan Makanan

Kandungan nutrisi adalah mengikut spesifikasi keselamatan makanan antarabangsa.

Pensijilan Kualiti Produk

Ada soalan untuk kami? Tiada masalah!

Mesej kami sekarang untuk sebarang pertanyaan!